Dewasa ini entah kenapa ramai sangat yang bercakap tentang hal-hal berkaitan bungkus membungkus dan pangkas memangkas. Mungkin tidak ada siapa kisah kalau setakat kisah bungkus-
bungkus dan pangkas-pangkas yang memang patut dibungkus dan dipangkas. Atau yang macam semua orang maklum tentang perilaku membungkus part-part yang harus dibungkus dan ranting-ranting yang mesti dipangkas. Malah hal insan-insan yang masih aktif membungkus dan memangkas masih tak nak penat jua seakan-akan macam satu kewajipan baginya.
Apabila timbul persoalan bungkus-bungkus dan pangkas-pangkas, lantas mereka yang didakwah pakar membungkus dan memangkas membuka mulut yang selama ini lagaknya berpuasa daripada memberi sebarang respon. Namun demikian ramai yang menyifatkannya sebagai “telunjuk lurus kelingking berkait”. Ada ungkapan menyatakan “luaran seseorang itu menggambarkan apa yang ada di dalam dirinya. Baik dan sopan santun luarannya maka begitu jugalah apa yang ada didalamnya. Tetapi, ada pula ungkapan membangkang yang mengatakan “don’t judge the book by it’s cover”, maksudnya kalau luar buruk tak semestinya dalam juga buruk dan begitulah sebaliknya. Jelasnya tidak ada sesiapa yang dapat membaca dengan tepat apa yang ada dalam kepala hotak orang lain, apa yang ada dalam hati orang lain selain dirinya sendiri. Maknanya, tak boleh n
ak salah sesiapa kalau ada orang kata you all itu nampak luar saja bagus, tapi dalam hancus! You all itu luar saja nampak baik, tapi dalam buruk! So what?
Apa pun bungkus-bungkus dan pangkas-pangkas bukan itu yang harus menjadi persoalan pokok kerana agenda perjuangan Iranun yang harus lebih utama untuk dibicarakan. Apakah Iranun tiada agenda perjuangan selama ini? Ada! tetapi untuk siapa? Kepada siapa?. Persoalan inilah yang harus dikupas, bukan untuk membuka pekung di dada tetapi sebagai ralat kepada agenda perjuangan bangsa.
Pada awal riwayat perjuangan Iranun dalam usaha memartabat bangsa, semboyan agenda bangsa menjadi penyuntik semangat kepada para pejuang ketika itu. Perjuangan akhirnya membuahkan hasil, memartabat bangsa, menempah nama dalam sejarah. Inilah hasil perjuangan harmoni orang-orang terdahulu.
Namun semangat perjuangan harmoni semakin lama semakin pudar warnanya, semakin tawar rasanya. Semboyan agenda perjuangan bangsa diganti dengan semboyan perjuangan peribadi. Maka ada diantara pejuang menjadi api dalam sekam, golongan muda bersuara “kalau dah jadi begini, ini bukan lagi pejuang namanya, ni namanya petualang”. Perkara ini mengingatkan saya akan kata-kata mantan PM Malaysia Tun Dr. Mahathir “Melayu mudah lupa”. Melayu mudah lupa!! Ini bukan kata-kata saya. Bukan saya yang kata. Bukan saya yang mulakan, Tun yang mulakan. Nampaknya Iranun pun tidak terlepas daripada penyakit mudah lupa, mungkin dek kerana Iranun tergolong dalam rumpun Melayu. Mereka lebih menjurus kepada agenda peribadi dan mengaburi mata rakyat dengan seribu satu janji lagaknya seperti “tanam tebu di bibir mulut”. Falsafahnya tak ubah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
Akhir-akhir ini Iranun khasnya golongan muda mula sedar akan kekhilafan ini. Mereka menuntut agar perjuangan kembali ke landasan agenda bangsa. Mereka bukan tidak berterima kasih, jauh sekali untuk menongkah arus, dan kalaupun mereka sanggup menongkah arus itu demi atas nama bangsa kesayangan mereka. Mereka bukan lagi penonton setia opera setelah lebih separuh abad melihat gelagat pelakon opera yang diiringi gesekan biola merdu memukau kalbu. Itu dulu, penonton bukan meminggirkan opera cuma biarlah opera dipentaskan di tempat ternama di istana budaya. Mungkin juga boleh dipersembahkan pada majlis-malis beradat dan menyambut pelancong asing bagi memperkenal adat budaya. Ini kerana opera sudah punya nama, maka ia akan mencemar nama andai dipersembah dipinggiran kota......bersambung.
