BaTu GaDunG


Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Monday, October 19, 2009

MENJANA TRANSFORMASI (Oleh Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti)

YBhg Datuk Pengerusi Tetap

1. Sebentar tadi kita telah mendengar dan menghayati dengan penuh tekun akan harapan, hasrat dan cita-cita besar Presiden kita, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak untuk melakukan transformasi demi memastikan kelangsungan dan survival parti yang kita semua sayangi ini. Kita perlu segera berubah. Semua tahu bahawa kita tiada pilihan. Berubah atau rebah. Tranformasi yang dimaksudkan menuntut perubahan dari segi sikap kita sebagai ahli dan perubahan dari segi struktur organisasi. Ianya perlu bersifat drastik, berani dan menunjukkan bahawa UMNO benar benar serius untuk melakukan perubahan. Yang akan menilai kesungguhan untuk melaksanakan perubahan ini bukan semata-mata kita dalam umno sahaja tetapi rakyat di luar sana. Seperti yang sering diingatkan oleh YAB Presiden, “tidak guna kita pegang jawatan dalam parti

jika kita tidak ada kuasa”.

2. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti yang diamanahkan oleh Majlis Tertinggi UMNO, berdirinya saya di sini adalah untuk menyempurnakan tanggungjawab bagi memenuhi tuntutan kepada transformasi besar ini. Ianya merupakan amanah yang begitu berat kerana pindaan-pindaan yang dikemukakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk memperkukuh parti, memperteguh lunas-lunas demokrasi serta

menghak-upayakan ahli-ahli parti agar UMNO menjadi lebih terbuka, lebih inklusif dan lebih demokratik.

3. Insya-Allah apabila diluluskan nanti, pindaan kepada perlembagaan UMNO ini bakal mencatat sejarah paling bermakna, paling drastik dan paling berani pernah dilakukan sepanjang tempoh 62 tahun kewujudan parti keramat UMNO kita ini. Datuk Pengerusi Tetap,

4. Izinkan saya memberikan sedikit latar belakang kepada usaha penyediaan usul pindaan perlembagaan UMNO yang akan kita bahaskan hari ini. Untuk makluman sidang perwakilan, saya dan seluruh Ahli Jawatankuasa telah memulakan gerakerja seawall 30hb Mei 2009 dengan meminta maklum balas sewaktu Persidangan Cawangan berlangsung dan disusuli pula dengan maklum balas ketika bahagian-bahagian bermesyuarat.

5. Jawatankuasa kemudiannya telah bermesyuarat beberapa kali untuk menyediakan draf awal cadangan pindaan perlembagaan ini, sebelum draf ini diangkat untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Parti, yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Presiden, sebanyak tiga (3) kali.

6. Draf ini kemudiannya dibentangkan kepada Majlis Tertinggi pada 11hb September dan secara prinsipnya telah dipersetujui dan telah diputuskan untuk ianya diperhalusi lagi oleh mesyuarat Biro Politik, yang dipengerusikan oleh YAB Presiden sendiri, dan turut dianggotai oleh semua Pengerusi Badan Perhubungan Negeri- Negeri.

7. Langkah penyediaan tidak terhenti di sini dan bagi memastikan semua Ketua Bahagian mendapat maklumat mutakhir tentang draf ini, saya telah diminta untuk memberi taklimat kepada mereka di Kursus Orientasi Perdana di Janda Baik, di mana dalam taklimat tersebut ia turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi sayap-sayap parti.

8. Malah sebelum dibentangkan di dalam Perhimpunan Agung Khas ini pun, draf tersebut telah dibawa ke mesyuarat khas yang dihadiri oleh wakil-wakil Negeri pada pagi semalam. Akhirnya cadangan pindaan perlembagaan yang saya bentangkan ini telah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi yang bermesyuarat malam semalam. Keseluruhan proses ini dilakukan agar cadangan pindaan ini dapat disediakan dengan sebaik mampu. Untuk makluman, sebanyak 36 Fasal dan sub-Fasal terlibat dalam cadangan ini yang boleh saya rumuskan kepada 7 perkara.

i. Perluasan jumlah perwakilan

ii. Penghapusan kuota

iii. Penambahan bilangan Ahli Jawatankuasa Majlis

Tertinggi, Bahagian dan Cawangan lantikan;

iv. Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO;

v. Penghapusan Yuran Tahunan;

vi. Pendaftaran Keahlian;

vii. Pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian;

9. Bagi memudahkan Sidang Perwakilan menyemak fasal-fasal berkaitan dengan setiap perkara yang akan disentuh sebentar lagi, pihak ibu pejabat ada membekalkan Buku Usul Pindaan Perlembagaan UMNO (berwarna merah) beserta addendumnya dan Ringkasan Usul Pindaan sebagai rujukan kepada semua perwakilan.

Datuk Pengerusi Tetap,

10. Di sini izinkan saya mengupas dan mengulas fasal-fasal pindaan yang telah saya bentangkan sebentar tadi yang merupakan fasalfasal yang dipinda, fasal-fasal yang perlu dimansukh dan fasalfasal baru merealisasikan 7 perkara yg saya sebutkan tadi.

11. Perkara pertama adalah berkaitan dengan perluasan jumlah perwakilan. Tujuan pindaan ini adalah bagi menjadikan UMNO lebih inklusif dengan menghakupayakan ahli-ahli di peringkat akar umbi, sekaligus akan menjadikan UMNO lebih demokratik dalam soal pemilihan. Ia juga berdasarkan kepada maklum balas yang diterima, rata-rata berpandangan bahawa UMNO perlu melebarkan jumlah perwakilan dalam proses pemilihan pemimpin tertinggi dengan mengembalikan hak memilih kepada lebih ramai ahli selaras dengan semangat dan roh parti UMNO itu sendiri.

12. Mengambil Majlis Tertinggi sebagai contoh, jika sebelum ini, pemilihan ahli Majlis Tertinggi hanya dibuat oleh 2,510 orang perwakilan, maka adalah dicadangkan agar seramai 146,500 orang perwakilan akan terlibat dalam proses membuat pemilihan ini pada masa akan datang.

13. Jumlah 146,500 ini adalah berdasarkan kepada anggaran jumlah

perwakilan mengikuti formula berikut:

i. secara purata diandaikan terdapat seramai 500 orang perwakilan di dalam satu Bahagian yang ada pada hari ini. Maka, 500 orang x 191 bahagian bersamaan 95,500 orang.

ii. cadangan untuk memberi taraf perwakilan secara automatic kepada ketua sayap-sayap cawangan dengan mengambil kira secara purata terdapat 17,000 cawangan yang ada hari ini, maka, 3 orang ketua sayap sayap x 17,000 cawangan bersamaan 51,000 orang. Justeru, 95,500 campur 51,000 menjadikan jumlah keseluruhan seramai 146,500 orang pemilih.

14. Langkah ini akan memberi pengiktirafan kepada suara dan peranan ketua pergerakan sayap-sayap cawangan dan perwakilan di peringkat bahagian untuk terlibat sama dalam pemilihan pemimpin di peringkat tertinggi parti semasa mesyuarat bahagian.

15. Majlis Tertinggi sedia maklum bahawa perubahan cadangan ini telah menarik minat ahli tentang urusan logistik dan kos pelaksanaannya yang akan melibatkan jumlah yang lebih besar. Sukacita, saya memaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menangani perkara ini yang akan saya perjelaskan sebentar nanti. Inilah di antara perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh ahli akar umbi dan rakyat. Apabila diluluskan nanti, pindaan ini bakal mencatatkan sejarah kerana tiada mana-mana pemimpin, khususnya yang berkuasa mentadbir negara sanggup mengubah sistem yang meletakkan mereka di persada kuasa. Jelas ini adalah manifestasi sikap keterbukaan dan demokratik pemimpin UMNO terhadap citarasa serta harapan ahli parti dan rakyat, dan apabila dipersetujui, saya percaya ianya tidak akan mengecewakan kerana ianya merupakan penambahan 5,800 peratus (5,800%) dari jumlah perwakilan yang sedia ada.

Datuk Pengerusi Tetap,

16. Perkara kedua, adalah perkara yang berhubung kait dengan penghapusan sistem kuota. Tujuan pindaan ini adalah untuk menjadikan UMNO lebih demokratik dan membuka ruang seluasluasnya kepada ahli parti untuk bertanding, manakala sekatansekatan dalam melayakkan seseorang ahli menawarkan diri untuk bertanding akan dihapuskan.

17. Walaupun Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan Jawatankuasa termasuk berkaitan kriteria kelayakan calon-calon, namun ia mencadangkan agar hanya kriteria kelayakan minimum sahaja dikenakan untuk melayakkan seseorang menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Rasional Majlis Tertinggi ini adalah untuk melindungi institusi Presiden dan Timbalan Presiden kerana secara adatnya, mereka berdua merupakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri negara.

18. Tetapi apabila cadangan ini dibawa kepada Biro Politik, kedua-dua penjawat sekarang, YAB Dato’ Seri Mohd Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan ini dan berpendirian bahawa mereka berdua tidak memerlukan apa-apa perlindungan dan tidak akan berselindung di sebalik syarat yang dicadangkan itu.

19. Walaupun demikian, bagi memastikan agar calon-calon dapat melalui proses kepimpinan parti di samping membolehkan mereka menghayati persekitaran politik akar umbi serta menjiwai semangat perjuangan parti yang sebenar sebelum menawarkan diri, maka satu kelayakan minimum dicadangkan untuk diwujudkan, di mana;

i. bagi mana-mana ahli yang ingin bertanding untuk manamana

jawatan Ahli Majlis Tertinggi, mereka hendaklah mendaftarkan diri dan pernah memegang mana-manajawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli JawatankuasaBahagian selama satu penggal.

ii. Manakala bagi ahli-ahli yang ingin bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian, mereka hanya perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.

Datuk Pengerusi Tetap,

20. Perkara ketiga adalah untuk membolehkan pelantikan tambahan seorang lagi Wakil Wanita dalam Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

21. Kita amat mengiktiraf peranan yang telah dimainkan oleh seluruh warga Pergerakan Wanita terhadap UMNO. Sanjungan serta penghormatan sangat wajar diberikan kepada mereka di atas pengorbanan dan khidmat bakti yang telah diberikan kepada parti. Sumbangan Wanita memang cukup besar dan tidak kita nafikan. Justeru di atas prinsip inklusif dan untuk mengiktiraf sumbangan dan peranan Wanita selama ini, maka dicadangkan bahawa tambahan seorang lagi wakil Wanita untuk jawatan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

22. Namun begitu, bagi tidak menjejaskan kuasa lantikan Presiden, Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan, maka dicadangkan supaya jumlah keseluruhan bilangan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Majlis Tertinggi ditambah daripada 12 kepada 13 orang, di peringkat bahagian daripada 7 kepada 8 orang dan di peringkat cawangan daripada 5 kepada 6 orang. Pindaan ini akan menambah suara Wanita di peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat tertinggi parti.

Datuk Pengerusi Tetap,

23. Perkara keempat adalah mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU).

24. Sama ada disukai atau tidak, hari ini, UMNO sedang dibelenggu oleh persepsi yang negatif sewaktu kita menjalani pemilihan parti. Di peringkat parti, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memerangi persepsi negatif ini. Salah satu cadangannya adalah dengan melaksanakan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian seluruh negara pada tahun pemilihan secara serentak. Dengan kaedah ini, ia akan mengatasi persepsi negatif tadi agar kita boleh memberi tumpuan kepada tugas-tugas parti berbanding kempen yang berpanjangan.

25. Kita memahami dan menyedari bahawa mungkin timbul perkaraperkara yang berhubung kait dengan masalah kos pelaksanaan, pentadbiran, penyelarasan, perjalanan dan pengawal seliaan sewaktu pemilihan. Di atas kesedaran itu satu jawatankuasa khas yang akan diinstitusikan di peringkat UMNO pusat yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan UMNO akan ditubuhkan untuk menyelaras perkara-perkara yang menjadi kerisauan ahli-ahli. Malah di dalam taklimat Presiden, Presiden telah menyatakan bahawa perkara ini akan ditangani dengan sebaik-baiknya.

Datuk Pengerusi Tetap,

26. Perkara kelima bertujuan untuk menghapuskan yuran tahunan dan

menggantikannya dengan yuran seumur hidup.

27. Berdasarkan statistik ibu pejabat terdapat 27,000 kes diterima dan di

antara aduan yang paling kerap timbul adalah berkaitan dengan pembayaran yuran tahunan, khususnya semasa tahun pemilihan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Justeru dicadangkan agar yuran tahunan dihapuskan dan digantikan dengan yuran seumur hidup sebanyak RM2 kepada ahli baru. Ini dapat mengurangkan pelbagai aduan berkaitan soal yuran dan mengelakkan permasalahan atau pertikaian tentang keahlian daripada berlaku.

28. Berikutan pindaan ini, sekiranya diterima, tuan-tuan dan puan-puan

sidang perwakilan semua, secara automatik telah menjadi ahli seumur hidup.

Datuk Pengerusi Tetap,

29. Perkara keenam adalah membenarkan ketua-ketua sayap untuk

menerima keahlian.

30. Walaupun pelbagai pindaan telah dibuat sebelum ini terhadap pendaftaran keahlian, masih kedengaran ramai yang menimbulkan soal kesukaran utk menadi ahli UMNO. Benar atau tidak, ianya menjadi bahan perbualan dan malangnya ia menjadi senjata untuk menyerang kita. Justeru kita mencadangkan proses penerimaan keahlian diperluaskan kepada semua ketua sayap-sayap. Dengan menghakupayakan ketua sayap-sayap, diharapkan agar kelulusan permohonan ahli dapat dibuat dengan lebih cepat dan seterusnya mengupayakan Ketua sayap-sayap bagi sama-sama memikul tanggung jawab menarik keanggotaan lebih ramai ahli di kalangan golongan sasar tersebut, khususnya golongan muda dengan harapan mereka akan merasa terpanggil untuk menyertai dan berkhidmat untuk parti.

Datuk Pengerusi Tetap,

31. Perkara ketujuh dan terakhir adalah untuk memberikan taraf perwakilan secara automatik kepada Setiausaha Bahagian bagi menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan. Ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian-bahagian yang menjadi tonggak pentadbiran parti. Dengan lulusnya cadangan pindaan ini, jumlah perwakilan UMNO akan bertambah seramai 191 orang lagi.

Datuk Pengerusi Tetap,

32. Kesemua cadangan-cadangan di atas terkandung dalam tujuh (7) perkara teras pindaan yang saya kemukakan sebentar tadi. Ia bertujuan untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah kita bagi melaksanakan transformasi dalam parti. YAB Timbalan Presiden menyatakan di dalam ucapan perasmian sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bahawa tanda aras kepada perubahan ini bukan hanya ditentukan oleh kita, ahli-ahli parti sahaja, tetapi ia hanya diterima sebagai berjaya dan terlaksana, hanya jika rakyat dapat merasakan bahawa UMNO benar-benar berubah menjadi lebih inklusif, terbuka dan demokratik.

33. Bagi pihak Majlis Tertinggi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sokongan padu yang diberikan oleh pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO kepada cadangan Pindaan Perlembagaan ini semasa persidangan masing-masing semalam.

Datuk Pengerusi Tetap,

34. Suka tidak suka, rakyat mengikuti rapat perkembangan yang berlaku di dalam UMNO, terutama tatkala pemilihan parti dijalankan. Saya yakin rakyat terutamanya orang-orang Melayu masih sayangkan UMNO, apatah lagi UMNO telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Tambahan pula Presiden UMNO juga merupakan Perdana Menteri kepada seluruh rakyat. Sudah tentulah harapan mereka untuk kita melaksanakan tugas dan amanah ini perlu segera kita penuhi. Kesemua cadangan ini perlu kita jayakan secara kesatuan niat dan tekad. Saya yakin apa yang kita lakukan hari ini, nescaya, akan dikenang sebagai pengorbanan dan sumbangan yang paling besar kepada Agama, Bangsa. Tanah Air, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Ya Allah – penuhilah cita-cita dan harapan kami ini. Amin ya Rabbal Alamin.

Ybhg Datuk Pengerusi Tetap, saya mohon mencadangkan

http://umno-online.com/


Dicatat oleh BATU GADUNG di Monday, October 19, 2009 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General

Thursday, October 8, 2009

Membangunkan Jiwa-jiwa Muda

Arsene Wenger

Arsene Wenger nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengurusan bola sepak. Mendapat jolokan nama ‘The Professor’ merupakan salah seorang pengurus pasukan bola sepak terbaik dunia ketika ini. Kedatangannya ke Arsenal telah mengubah kelab itu sehingga menjadi kelab yang digeruni sehingga kini. Berbanding kelab lain yang berbelanja besar untuk mengukuhkan jentera pasukannya, Arsene wenger, walaupun mampu untuk berbelanja lebih £30 juta untuk seorang pemaian tetapi tetap berdegil dengan polisinya untuk tidak berbelanja besar. Pendekatan agak berbeza berbanding gergasi bola sepak lain seperti Liverpool, Chelsea, Manchester United mahupun Real Madrid. Real Madrid pernah menawarkan Wenger untuk menjadi pengurus kelabnya di Bernabau dengan yuran perpindahan £25 juta untuk perpindahan pada bulan Januari 2008. Tetapi Wanger yang setia dengan Arsenal menolak dan menambah kontraknya di Emirates.

Persoalannya sekarang ini, apakah yang istimewa dengan Arsene Wenger ini sehingga menjadi buruan banyak kelab gergasi dan stail pengurusannya menjadi ikutan banyak pengurus kelab bola sepak lain?

Samir Nasri, Bintang muda Arsenal
Robin van Persie

Wenger mempunyai reputasi menggilap bakat yang ada pada golongan muda. Nama-nama besar pemain bola sepak dunia pada masa ini sepeti Thierry Henry, Patrick Viera, Nicolas Anelka, Robin van Persie dan banyak lagi pemain yang dulunya tidak dikenali menjadi pemain bertaraf dunia hasil tunjuk ajar dan bimbingan Wenger. Di Arsenal, bakat mereka digilap sehingga menjadi pemain bertaraf bintang dan ada kelab gergasi yang ternyata teringin untuk memiliki pemain yang sudah digilap ini dengan harga yang mahal. Sebagai contoh Nicolas Anelka yang Arsenal beli dari Paris St Germain dengan harga £500,000 dan kemudian dijual dengan harga £22.3 juta kepada Real Madrid merupakan salah satu dari episod kejayaan Arsene Wenger dalam menggilap bakat pemain muda berbakat.

Itu di padang bola, bagaimana pula dengan dunia fantasi Naruto? Apakah peranan golongan muda dalam Naruto?

Anime Naruto

Secara ringkas berkenaan dengan Anime Naruto, Naruto merupakan seorang kanak-kanak yang yang tinggal disebuah kampung ninja dan dipercayai ibu bapanya telah meninggal dunia. Naruto dipulaukan sejak dari dia dilahirkan oleh penduduk kampung kerana kelahirannya diiringi dengan berbagai bencana kepada penduduk kampung. Tetapi Naruto mempunyai azam yang kuat untuk melindungi kampung kesayangannya dan berhasrat untuk menjadi seorang ketua kampung.

Pelbagai cabaran yang dilalui Naruto untuk membesar dan melindungi penduduk kampungnya. Hasil tunjuk ajar sensei-sensei mereka separti Kakashi, Yamato, Asuma, Jiraya dan lain-lain telah banyak membantu perkembangan Naruto dan rakan-rakan dalam menjadi ninja yang hebat. Usaha dan penat lelah Kakashi sensei, Yamato sensei dan sensei-sensei lain terhadap perkembangan golongan muda amat perlu kerana didalam hati mereka, mereka tahu yang akan tiba masanya golongan inilah yang akan menggantikan mereka. Sehingga Kakashi sensei pernah berkata, “new generation will succed the older generation”. Oleh itu, penat lelah mereka dalam membangunkan generasi muda merupakan titik tolak dalam membentuk kelangsungan kampung ninja mereka. Falsafah ini tidak lari daripada kata-kata Profesor Yusuf Qardawi yang merupakan mufti kepada benua Eropah pernah berkata.

“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku’”

Imbau Kembali

Mari kita lihat sejarah seribu empat ratus tiga puluh tahun lepas, pembawa ajaran Islam terdiri daripada golongan-golongan muda yang telah ditarbiyah sendiri oleh Rasuallah s.a.w. Lihatlah nama-nama besar seperti Saidina Ali, Saidina Osman, Abdul Rahman bin Auf, Ibnu Zubair, Ibnu Abbas dan ramai lagi sahabat-sahabat yang menjadi pendokong utama dan jentera penggerak pembinaan ketamadunan Islam. Juga Musab Bin Umair yang merupakan seorang yang kacak dan cukup kaya, tetapi selepas memeluk Islam, menjadi seorang yang sangat dihormati bukan kerana rupanya yang kacak. Tetapi kerana ketaatannya kepada Allah. Sejarah juga pernah menyaksikan ketangkasan Usamah bin Zaid yang berusia 18 tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom dan Kehebatan Muhammad Al Fateh membuka Kota Istanbul ( Konstantinopal ) ketika berusia 21 tahun.

Mungkin itulah antara rahsia kejayaan Rasuallah s.a.w yang bilamana Rasuallah s.a.w wafat sekalipun, Islam berkembang dengan cepat dan pantas sehingga meliputi 2/3 penduduk dunia ketika itu. Pentarbiyahan kepada golongan muda amat penting kerana merekalah yang akan menentukan jatuh bangunnya Islam.

Realiti kini

Jika dipadang bola, nama seperti Arsene Wenger merupakan nama yang tidak asing lagi dalam menggilap bakat golongan muda, jika di dalam Anime Naruto pula, Kakashi sensei, Yamato Sensei dan lain-lain lagilah yang bertanggungjawab menggilap bakat yang ada pada golongan muda sehingga bakat mereka yang terpendam tidak disia-siakan. Imbau kembali sejarah 1430 tahun lepas, Rasuallah s.a.w. lah yang menanamkan agenda perjuangan kepada golongan muda yang ternyata mencari pengisian jiwa yang memberontakkan mahukan sesuatu perjuangan, dan hasilnya dapatlah kita lihat Islam berkembang sehingga ke hari ini.

Tetapi kini, adakah golongan muda ini hanya dibiarkan keseorangan mengisi kekosongan jiwa mereka dengan melakukan perkara yang pelik-pelik untuk mengisi kekosongan jiwa yang bagaikan kehilangan sesuatu. Sebagai contoh, andaikata Theirry Henry dibiarkan begitu sahaja tanpa bimbingan dan tunjuk ajar Wenger, tentunya sukar dia tergolong dalam pemain yang bertaraf bintang ketika ini. Begitu jugalah pemuda yang memerlukan panduan dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman dalam membentuk golongan muda

Pada kesempatan ini, amat penting bagi golongan yang lebih berpengalaman memimpin golongan muda kearah jalan yang betul terutama yang hendak membawa agenda Islam agar dapat memenuhi kehendak mereka hanya ingin mencari pengisian jiwa yang memberontakkan mahukan sesuatu perjuangan. Bagi golongan muda pula janganlah segan-segan untuk meminta bantuan daripada yang lebih tahu dalam mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar.
http://mohdfais.net/
Dicatat oleh BATU GADUNG di Thursday, October 08, 2009 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General

Kugan, Teoh, kepala lembu...salah BN?


Selepas pembangkang beria-ia menjadikannya modal kempen, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam Rabu menjawab empat isu besar yang digembar-gemburkan parti lawan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Beliau mengambil kesempatan menjawab keempat-empat isu besar tersebut kerana sudah muak dengan sikap pembangkang yang terus menerus menaburkan fitnah dan cuba memburukkan kerajaan dalam isu-isu yang tiada kena mengena dengan Barisan Nasional (BN).

Apakah salah kerajaan Barisan Nasional (BN) atau UMNO dalam isu perarakan kepala lembu, kematian penjenayah A.Kugan serta kematian Teoh Beng Hock dan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor?

Di depan lebih 2,000 penduduk serta pengundi di Taman Politeknik, Teluk Kemang, Muhyiddin menjelaskan, bukan Perdana Menteri atau timbalannya mahupun menteri mengarahkan perkara atau kejadian tersebut berlaku.

Katanya, perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil di Shah Alam berpunca kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang dikuasai pembangkang.

"Isu itu berlaku di Selangor, di negeri yang dikuasai pembangkang, apa kena mengena dengan Barisan Nasional," tanya beliau.

Dalam insiden itu penduduk Seksyen 23 Shah Alam tidak bersetuju kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu memindahkan kuil ke kawasan majoriti penduduk Melayu dan beragama Islam.

Menurut Muhyiddin, kerajaan bertindak terhadap mereka terbabit perarakan itu kerana tidak mahu ianya mencetuskan ketegangan kaum yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini.

Bagi kes kematian Kugan ketika dalam tahanan polis, Muhyiddin menjelaskan, lelaki itu ditahan kerana polis mempunyai bukti pembabitannya dalam kegiatan samseng.

Namun, semasa dalam tahanan dia telah mati dan polis sudah menjalankan siasatan terhadap punca kematiannya yang akhirnya seorang anggota polis dituduh ada kaitan dengan kematian penjenayah itu.

"Perdana Menteri tidak pernah memberi arahan supaya Kugan dibunuh Menteri Dalam Negeri pun tak keluarkan arahan itu. Zalimlah saya jika saya beri arahan untuk dia dibunuh," ujar beliau

Mengenai kes kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, beliau menjelaskan, sebelum ini pembangkang selalu menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) alat kerajaan.

“Kita tubuh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk mereka menjalankan tugas dan mendakwa sesiapa sahaja terbabit rasuah,” katanya.

Menurut beliau, suruhanjaya ini adalah lantikan Yang di Pertuan Agong.

“Dalam kes kematian Teoh Beng Hock, saya tak fikir SPRM buat begitu. Bagaimanapun, kita tubuh inkues untuk mengetahui punca sebenar kematian tersebut,” jelas beliau lagi.

Katanya, kerajaan mahupun pemimpin lain tidak mahu tragedi malang itu berlaku kepada keluarga mangsa.

“Kerajaan kita bertanggungjawab dengan ambil tindakan dengan benarkan inkues kerana tidak mahu kejadian itu menjejaskan institusi SPRM,”.

“Tetapi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan konco-konconya tuduh kita (kerajaan BN), Apakah ini salah kerajaan atau UMNO?” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pembangkang kini minta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tangguh pilihanraya Bagan Pinang kononnya daftar pengundi tidak betul.

Katanya, pilihanraya tidak boleh ditangguhkan malah pengundi pos akan mula membuang undi Khamis.

Ini semua jelasnya, menunjukkan pembangkang tertekan dan tahu mereka akan kalah dalam pilihanraya kecil kali ini.

Muhyiddin turut menjelaskan isu PKFZ yang dikatakan pembangkang sebagai kes pecah amanah dan rasuah yang besar.

“Ini bukan keputusan kerajaan..mungkin ada penyelewengan. Kita sudah tubuh jawatankuasa khas dengan banyak wakil untuk siasat perkara itu hingga ke lubang caci atau ke akar umbi,” tegas beliau.

Katanya, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau sesiapa sahaja cuba rosakkan negara dengan membawa mereka ke pengadilan.

Beliau percaya pembangkang yang kalah 4-0 dengan tuduhan-tuduhan di atas akan membuat cerita dan fitnah lain bagi memburukkan kerajaan termasuk Perdana Menteri.

Malah katanya, mengingatkan para pengundi bahawa menjelang dua hari sebelum pengundian Ahad ini, Anwar dan konco-konconya akan memperhebatkan dakyah mereka dengan membawa cerita bohong dan fitnah kepada pemimpin, kerajaan dan BN.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu pengundi di Bagan Pinang menolak pembangkang yang sentiasa menyalahkan kerajaan padahal kerajaan melakukan apa sahaja langkah terbaik bagi mengelak sebarang perkara buruk yang boleh menjejaskan imej negara.

Penjelasan beliau malam tadi barangkali mahu mematahkan pembohongan pembangkang terutama PAS yang meletakkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang selain kemungkinan isu itu terus diputarbelitkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar yang dijadual turun berkempen mulai Khamis.

http://www.agendadaily.com/

Dicatat oleh BATU GADUNG di Thursday, October 08, 2009 6 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General

Tuesday, October 6, 2009

Na Iranun Parlu Yan Den Pagubaan Su Pamimikiran Yan

Giayah ah bangsa ah Gepun agu Korea saritaan aken, sikiran nyanamar ghagalebek satela su enged iran su kadtaru ah run, na miatabog nyamber ah perang. Sikiran daah den ghaumbal yan melainkan pagidsaan iran su ginawa iran sama ada ghababayaan atau dih, na sikiran parlu pakapiaan insendig iran saporuh su bangsa agu enged iran supaya maumbal pangingilaian ah bangsa ah salakau. Na imantu pun tanu pagilaian mapia atantu ah kiabolosan sa bangsa agu enged iran.


Na pebpatuan tanu su bangsa tanu’a Iranun, sekitanu mambager tanu sa pegangan ah ugama antuna dih run makapepeleng, na sekitanu amboh parlu manamar ghagalebek, na pananalamaten tanu den su kapiaan ah bangsa, dapai tanu dih pakakuah sa patabang ah karajaan, kainu boh su bangsa ah Tinah, ghamaju amboh. Ugaig na mautuh den su sarita aken.

Sekadar percubaan menulis dalam Basa Iranun...........

Dicatat oleh BATU GADUNG di Tuesday, October 06, 2009 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General

Saturday, September 19, 2009

SYAWAL : LAMBANG KEMENANGAN UMMAH


Setelah berakhirnya Ramadhan, maka muncullah Syawal di mana semua umat Islam telah selesai menjalani ibadah puasa. Ia juga di namakan hari raya dalam masyarakat kita kini. Hari raya adalah hari untuk bergembira dan bersukaria. Pada hari tersebut hubungan sesama manusia semakin bertambah erat dan rapat. Mereka saling mengucap tahniah di antara satu dengan yang lain. Memandangkan hari raya bertujuan melahirkan suasana bergembira, maka berbagai-bagai cara boleh dilaksanakan seperti menziarahi sahabat handai dan rakan taulan serta memakai pakaian yang baru atau pakaian yang terbaik dalam koleksi pakaian yang dimiliki.

Tidak dinamakan Hari Raya Fitrah sekali sekiranya tidak didahului dengan puasa Ramadhan. Ia merupakan hadiah istimewa daripada Allah S.W.T kepada hambaNya yang berjihad dan berjuang selama sebulan pada bulan Ramadhan. Jihad yang dimaksudkan itu ialah jihad melawan hawa nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang dan seterusnya memperbanyakkan amal ibadat pada bulan yang mulia itu sesuai dengan bulan Ramadhan yang dikenali sebagai bulan ibadat.

Hari raya dipenuhi dengan suasana gembira dan riang-ria. Orang yang berpuasa bergembira sebanyak 2 kali. Kali pertama ia bergembira kerana menyambut hari raya dan kali kedua ia bergembira kerana dapat bertemu TuhanNya dengan membawa puasanya itu.
"لِلصَّائِم فَرْحَتَان , فَرْحَة عِنْدَ الْفِطَار وَ فَرْحَة عِنْدَ لِقَـاءِ رَبِّه"
“Bagi seseorang yang berpuasa 2 kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka atau berhari raya dan kegembiraan ketika bertemu TuhanNya (beribadah)”.


Kegembiraan menamatkan puasa dengan menyambut Hari Raya nampak kelihatan kerana mendapat pahala daripada Allah setelah puasanya diterima. Kegembiraan juga diisi dengan ziarah menziarahi untuk menyambung silaturrahim. Dan kegembiraan yang paling besar dan bermakna yang perlu diisi pada hari tersebut ialah bertakbir memuji kebesaran Allah kerana ia melambangkan kesyukuran kepadaNya yang telah menganugerahkan hari yang istimewa itu.


Memandangkan hari raya adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya supaya mereka bergembira dan bersyukur kepadaNya pada hari tersebut, maka mereka dimestikan menyambut dalam suasana dan batas-batas yang diredhai oleh Allah S.W.T. Sambutan hari raya tidak akan menepati konsep dan falsafahnya serta jauh daripada rahmat dan kasih sayang Allah sekiranya ia disambut dalam suasana yang dipenuhi maksiat dan perkara-perkara yang dilarang dan ditegah.


Oleh kerana menyambut hari raya adalah untuk menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas anugerah yang istimewa itu, maka menyambutnya dengan cara yang ditegah sudah pasti akan mengundang kemurkaanNya. Bahkan ia menggambarkan seolah-olah mereka bergembira dilepaskan daripada ibadah Ramadhan yang merupakan satu arahan yang membelenggu kehendak nafsu.


Sebaliknya jika disambut dengan cara-cara yang dibenarkan oleh syariat, maka umat Islam akan berpuas hati menyambutnya kerana diiringi rahmat dan kasih sayang Allah yang mencurah-curah sebagai tanda kemenangan menundukkan hawa nafsu dan menjalani pentarbiahan Allah selama sebulan.
أهلا يا شوال

http://disertasi.blogspot.com
Dicatat oleh BATU GADUNG di Saturday, September 19, 2009 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General

Friday, September 18, 2009

Tarikh melihat anak bulan Syawal

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 September bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Menurut satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen. - Bernama
Dicatat oleh BATU GADUNG di Friday, September 18, 2009 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General

Wednesday, September 16, 2009

Aspirasi Pemuda Pelopor Perubahan










Sekadar Gambar Hiasan


“Sesungguhnya mereka adalah para pemuda yang beriman kepada Rabb-Nya dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka….” (QS. Al-Kahfi:13).


Ketika berbicara mengenai pemuda kita akan mendapati banyak perkara yang menarik dan hal-hal kepemudaan khususnya dalam fasa pembinaan pemuda Islam yang iltizam dan intizam dengan gerakah dakwah dan tarbiyah. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam sejarah Islam pemuda ditakdirkan mempunyai peranan yang strategik, di antaranya sebagai agent of change (Agen perubahan). Marilah kita menelusuri sejarah kebangkitan Islam pada masa Rasulullah SAW diperkukuhkan oleh tangan-tangan kesatria para pemudanya, serta pada era kejayaan dan keemasan di abad pertengahan pun demikian, para ilmuan itu adalah kelompok muda.


Mujahid Fathi Yakan berkata, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam. Ini bermakna bahawa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan "Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku. Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang lain ini akan membawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya.


Menurut Imam Syahid Hasan Al-Banna, perbaikan suatu umat tidak akan terwujud kecuali dengan perbaikan individu, yang dalam hal ini adalah pemuda. Perbaikan individu (pemuda) tidak akan berjaya kecuali dengan perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan. Apa yang dimaksud dengan pembinaan adalah membangun dan mengisi akal dengan ilmu yang berguna, mengarahkan hati agar sentiasa muraqabatullah dan sentiasa berdo’a, serta komited dalam proses pertarbiahan jiwa dan sentiasa muhasabah diri.


Justeru, pemuda hari ini perlu mempersiapkan diri agar dilengkapi dengan pakej pemuda rabbaniyah. Ustaz Mustafa Masyhur berpesan : Wahai para pemuda, kami mahukan kamu sekalian menjadi rijal aqidah yang sebenar-benarnya. Kami mahu kamu menjadi tiang seri yang kuat lagi teguh dan tak pernah bergoyang atau runtuh. Kami mahukan kamu sebagai rijal aqidah, bukan rijal kalam(percakapan) atau rijal jidal(pertengkaran). Rijal-rijal jihad dengan harta dan nyawa bukan jihad di atas lembaran-lembaran buku sahaja atau kamu setakat mengajarkan apa yang kamu pelajari sahaja atau kamu menghukum orang-orang yang selain daripada kamu dengan fasik, kufur atau syirik. Kami mahukan kamu menjadi para du'at bukan sebagai penghukum. Kami mahukan kamu sebagai orang-orang yang sentiasa beramal dengan penuh keikhlasan yang sanggup berkorban dan sentiasa tabah. Hendaklah kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kaya dan tak pernah berhajat sesuatu daripada jihad kita :


"Dan sesiapa Yang berjihad (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk." (Surah Al Ankabut : 6)
Cara yang paling baik meramalkan masa depan adalah dengan menciptakan masa depan dan tahukah anda siapakah masa depan itu? Masa depan itu adalah seorang pemuda.


Wahai pelopor perubahan! Marilah kita menciptakan masa depan itu dengan sebuah peradaban mulia ini dengan tinta emas rabbaniyah kerana disebalik setiap revolusi, pemuda adalah jentera utamanya.


Sejarah kemudian mengajarkan kita satu kaedah bahawa risalah yang agung haruslah dibawa oleh seorang rasul yang agung; bahawa sebuah misi besar haruslah dikembangkan oleh seorang pemikir yang besar; bahawa sebuah beban amanat yang berat haruslah dipikul oleh seseorang yang kuat; bahawa sebuah pedang yang tajam hanyalah akan berguna jika ia berada dalam genggaman tangan seorang pahlawan pemberani.


Sesungguhnya, sebuah kejayaan gerakan dakwah dan tarbiyah hanya akan berhasil diwujudkan apabila kuat rasa keyakinan kepada-Nya, ikhlas dalam berjuang dijalan-Nya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan kesiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkanya. Keempat karakter di atas yakni iman, ikhlas, semangat, dan amal merupakan karakter yang wajib dimiliki pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat dan itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.


Pemuda adalah muara peradaban dalam setiap fasa sejarah. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya kepada para pemuda pembaharu. Ia adalah moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia adalah aqidah yang murni dan akhlaq yang terpuji, tidak kurang tidak lebih. Beginilah seharusnya pemuda!.

Oleh: Bang Rahmat

Dicatat oleh BATU GADUNG di Wednesday, September 16, 2009 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General

Sunday, September 13, 2009

Palanivel kekal No. 2, orang Samy menang besar

Penyandang jawatan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.

Beliau mendapat 629 undi manakala Datuk S Subramaniam (547 undi) dan Datuk S Sothinathan 280 undi. Palanivel menang dengan majoriti tipis 82 undi.

Tiga calon naib presiden yang disokong oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu turut terpilih.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mendapat undi tertinggi dengan 1,260 undi, manakala timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany ditempat kedua dengan 1,122 undi dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan (1,030 undi).

Manakala senarai calon jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang disokong Presiden Datuk Seri S Samy Vellu juga turut menang.

Sementara itu, Sothinathan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 1,469 perwakilan yang mengundi hari ini.

Manakala Subramaniam yang gagal lagi dapat percubaannya merebut jawatan timbalan presiden berkata, walaupun sedih, beliau menerima keputusan perwakilan hari ini.

Menurutnya, perwakilan gagal memahami nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat tahunan MIC pagi tadi.

Beliau meninggalkan PWTC - tempat berlangsungnya mesyuarat agung MIC - sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Keputusan rasmi

Timbalan presiden

G Palanivel* - 629
S Subramaniam - 547
S Sothinathan - 280

Naib presiden (3 jawatan)

Dr S Subramaniam - 1,260
SK Devamany - 1,122
M Saravanan - 1,030
S Balakrishnan - 471
VKK Teagarajan - 215
P Subramaniam - 220
P Mariayee - 61

Jawatankuasa kerja pusat (CWC)


1. K.R. Partiban
2. M. Asojan
3. V.S. Mogan
4. R.A. Ragu Moorthi
5. S. Murugesan
6. Datuk M. Devandran
7. A. Saktivel
8. Datuk Randhir Singh
9. Datuk Jaspal Singh
10. Datuk K.R.A. Naidu
11. Datuk K. Ganeson
12. S.Ananthan
13. Senator M.M. Samy
14. S.P. Manikavasagam
15. Datuk M. Paanjamoorthy
16. A.Ganeson
17. Datuk V.K. Suppiah
18. Datuk S. Ganesan
19. K.P. Samy
20. S.S. Rajagopal
21. Senator N. Ravisandaran
22. P. Palaniappan
23. Madhu Marimuthu


Sumber: http://www.malaysiakini.com/

Dicatat oleh BATU GADUNG di Sunday, September 13, 2009 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General

Saturday, September 12, 2009

Najib: Tiada guna popular di kalangan ahli sahaja...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN bahawa tidak guna menjadi popular di kalangan ahli parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat, sehingga menyebabkan kehilangan sokongan rakyat.


Najib yang juga pengerusi BN berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen suara keramat ialah suara rakyat dan kuasa mutlak adalah di tangan rakyat dan mereka yang akan menentukan nasib BN dalam setiap pilahan raya umum.

"Perkara ini relevan untuk diingat sama ada pada Umno, pada MCA, pada MIC atau semua parti kompenan BN...bahawa pertimbangan yang paling penting ialah sejauh mana kita popular di kalangan rakyat (dan) bukan popular di kalangan ahli-ahli sahaja.

"Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti tapi sama ada parti kita relevan atau tidak ialah sama ada kita boleh menang di kalangan hati rakyat untuk menyokong parti BN," katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, lapor Bernama.

"Sebab itulah untuk Umno, untuk MCA, untuk MIC dan untuk parti-parti komponen yang lain jangan lupa perspektif ini, kalau kita lupa perspektif ini rakyat akan menghukum kita dalam masa pilihan raya," katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapannya yang penuh bersemangat dengan diiringi tepukan bergemuruh 1,464 perwakilan MIC dan lebih 1,000 anggota dan pemerhati parti itu, Najib berkata rakyat hari ini bukanlah rakyat dalam tahun 50an kerana mereka sudah menjadi cerdik pandai disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan BN.

"Rakyat juga sudah membuka pemikiran mereka...oleh itu untuk menjadi parti yang relevan...untuk BN menjadi relevan dan terus relevan, kita mesti berhubung dengan rakyat. Kita mesti sentiasa berhubung dengan rakyat...apabila kita berhubung dengan rapat, kita akan mendapat sokongan rakyat," katanya

Perdana Menteri berkata jika pemimpin-pemimpin BN sentiasa turun
padang dan menunjukkan sikap merendah diri , "kita tidak akan kehilangan apa-apa".

"Saya dah beri isyarat jelas bahawa pendekatan macam inilah yang kita kehendaki sebab BN merupakan sebuah produk yang baik," katanya dalam ucapan 25 minit itu.

Najib turut menekankan bahawa pemipin-pemimpin BN juga mesti mencerminkan kepimpinan yang disenangi oleh rakyat.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/


Dicatat oleh BATU GADUNG di Saturday, September 12, 2009 4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General

LESU DAN ...











Tiba waktunya
Panglima walau segagah Hang Tuah
Sehebat Hang Jebat
akan menjadi lesu dan demensia.

bila tiba saat itu
pasrahlah,
dan ucaplah terima kasih
kepada yang memperingatkan
bahawa kita tidak selamanya bisa
membusung dada dan mendongak kepala
kerana itu adalah hukum alam
mana bisa kita menolaknya
Dicatat oleh BATU GADUNG di Saturday, September 12, 2009 5 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General

Wednesday, September 9, 2009

Cerita Lawak : Ceritera 09.09.09

Jangan Bermain Api
Nanti Terbakar Diri,

Jangan Suka Mencaci
Akan Termakan Diri Sendiri,

Jangan Berbangga Diri
Nanti Kau Akan Dibenci,

Jangan Berlidah Lantang
Akhirnye Kau Akan Ditentang,

Jangan Hanya Pandai Buat Bising
Kalau Kau Hanya Menyorokkan Taring,

Jangan Cuba Memberontak
Kalau cara Kau Tak Menggunakan Otak,

Jangan Bertutupkan Songkok
Kalau Tiang kau Bengkang bengkok,

Jangan Berselitkan Keris
Kalau Semangat Asal Usul kau Habis Terhakis,

Jangan Terjerit2
Kalau tidak Mahu Tekak kau Perit,

Jangan Mengimpikan Masa Depan
Kalau kau Asyik Berdisko, Berpelesit,

Jangan Impikan Keadilan
Kalau kau masih Lagi Melenjan Merempit,

Jangan Salah kan Yang Dahulu
Kalau Sekarang Kau Tersepit,

Jangan Salah kan Yang Sekarang
Kalau Nanti Kau masih lagi Tersepit,

Jangan Impikan Keindahan
Kalau Kau masih Di Takuk Kehanyutan,

Jangan Mimpikan Kedudukan Yang Tinggi,
Membela Nasib Bangsa Sendiri

KALAU MASIH LAGI BEGINI.....

Sumber: http://kahkahkah.mnazman.com
Dicatat oleh BATU GADUNG di Wednesday, September 09, 2009 7 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General

Tuesday, September 8, 2009

Kafila dan Unta.....



Seorang Kafila dan seekor unta mengembara di padang pasir.

Suatu malam yang dingin, ketika Kafila didalam tenda, dan unta kedinginan diluar tenda, terjadikan percakapan.

Unta: “Tuanku, bisakan aku memasukkan hidungku saja kedalam tenda, di
luar dingin sekali, dan hidungku kedinginan. Aku mohon tuanku.“ Sang Kafila berpikir sejenak, dan menyanggupinya.

Unta: “Tuanku, telinganku sakit karena hawa yang dingin, bisakah aku masukkan seluruh kepalaku kedalam tenda supaya hangat? Aku mohon tuanku.” Dan kembali sang kafila mengiyakan.

Sejenak kemudian: “Tuanku, kepalaku sudah hangat, terimakasih tuanku. Leherku yang masih kedinginan, bolehkan leherku kumasukkan kedalam tenda? Aku mohon tuanku.” Kafila berfikir lagi dan akhirnya menyetujui juga.

Hidung, muka, leher, bahu, sebagian badan, kaki depan, sebagian lagi badan unta, dan seterusnya.

Pagi itu, sang Kafila terbangun kedinginan diluar tenda, karena sang unta telah masuk sepenuhnya kedalam tenda dan dia terdesak keluar.

Biarlah cerita, menjadi cerita. Pemahaman, pengartian, dan pemaknaan cerita, aku kembalikan pada masing2 pembaca. Selamat menikmati.

Cerita kuno asal dari Arab.
Dicatat oleh BATU GADUNG di Tuesday, September 08, 2009 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: General
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About

My photo
View my complete profile

Facebook

Batu Gadung

Create your badge

Followers

Labels

  • Ekonomi (6)
  • General (39)
  • Ibadah (1)
  • Iranun (2)
  • Kebijakan Politik (13)
  • Macam-macam (1)
  • Orang Iranun Memang Kaya Dengan Adat Dan Kebudayaan (1)
  • Pendidikan (1)
  • Politik (10)
  • Sejarah (1)
  • SIRI 1 (1)
  • Umum (31)

Categories

  • Ekonomi (6)
  • General (39)
  • Ibadah (1)
  • Iranun (2)
  • Kebijakan Politik (13)
  • Macam-macam (1)
  • Orang Iranun Memang Kaya Dengan Adat Dan Kebudayaan (1)
  • Pendidikan (1)
  • Politik (10)
  • Sejarah (1)
  • SIRI 1 (1)
  • Umum (31)

Blog Pemimpin

  • Ahli Parlimen Kota Belud
    - hi Email https://goo.gl/Yu7h93
    8 years ago
  • SALLEH SAID KERUAK
    Umno party elections: let democracy prevail - Salleh Said Keruak This is the first time since 1987 that democracy is being fully-practiced in the Umno party election with all posts, including the top ...
    8 years ago
  • Datuk Sapawi Hj. Ahmad
    Maulidur Rasul Peringkat Negeri Di Sipitang - TAHNIAH…Tun Juhar diperhatikan oleh Musa menyampaikan hadiah pemenang pertandingan sepanduk Sapawi yang mewakili Umno Sipitang di majlis tersebut. CERIA...
    10 years ago
  • PAK AMIN
    TOWARDS AN INDEPENDENT PARLIAMENT - --Part II-- In the first part of his interview last week, Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia talked about the Speaker's impartiality and deal...
    15 years ago
  • ADUN N6 TEMPASUK KOTA BELUD SABAH
    BERBUKA PUASA DAN MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TERAWIH BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG - Hari ini 13hb ogos 2010, saya berbuka puasa dan solat Maghrib di Masjid kampung Rampayan Laut bersama penduduk kampung. Ini merupakan aktiviti rutin saya s...
    16 years ago
  • ROSNAH SHIRLIN
    Sedia bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO - Pada 21 Jun 2008, saya telah pun mengumumkan kesediaan saya untuk bertanding jawatan ketua pergerakan Puteri UMNO pada pemilihan Disember 2008 ini. Kesedia...
    18 years ago
  • Blog Noh Omar
    -

Archives

  • ▼  2014 (1)
    • ▼  January (1)
      • PEMBELITAN KENYATAAN
  • ►  2013 (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  September (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
  • ►  2011 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2010 (26)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (6)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (117)
    • ►  December (10)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (14)
    • ►  August (15)
    • ►  July (22)
    • ►  June (17)
    • ►  May (14)
    • ►  April (7)
    • ►  March (6)

Rakan Blogger

  • one kota belud
    DANA KERAJAAN: SEJAUH MANA SETIAP RINGGIT MENGUBAH KEHIDUPAN RAKYAT - SETIAP kali kerajaan mengumumkan peruntukan baharu, angka yang disebut sering kali besar — jutaan malah berbilion ringgit. Namun persoalan paling penting ...
    3 months ago
  • paikankb
    KOTA BELUD: PERMATA PELANCONGAN BAHARU DI SABAH - Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, nama Kota Belud semakin disebut-sebut sebagai destinasi pelancongan baharu yang berpotensi besar di Sabah. Dahulunya...
    7 months ago
  • abdnaddin
    mengenang arwah Haji Jabar Khan @Yasser Arafat 5 Mac.1945- 7 Jan 2026 - Selepas Presiden Yasser Arafat meninggal di Clamart Paris pada 2004, namanya hampir terlupakan tetapi namanya kembali terdengar apabila seorang pem...
    7 months ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH. - Tuan Yang Terutama Negeri Sabah adalah Ketua Negeri dan Simbol Rasmi Kerajaan Negeri. Walaupun tidak mempunyai kuasa eksekutif seperti Ketua Menteri, kedu...
    1 year ago
  • Di Ambang Sore
    Dato' Sri Ghulam... Pemimpin disayangi rakyat - Dato' Sri Ghulam dalam majlis rumah terbuka bersama rakyat... Pemimpin merupakan tunjang kepada pencorakan masyarakat, kepimpinan itu bukanlah suatu ...
    2 years ago
  • SABAHKITA
    Kambing untuk Aqiqah di Cimahi - Penjelasan Jasa Paket Aqiqah Bandung Jasa Paket aqiqah murah di Bandung sangat sesuai. Aqiqah yakni cara kerja penyembelihan kambing/domba yang semestinya...
    6 years ago
  • SUARA BEBAS TUARAN
    USNO Tekad Ambil Alih Tampuk Kerajaan Negeri Selepas PRU-15? - Nampaknya krisis kepimpinan yang timbul beberapa bulan lalu dalam Ahli Majlis Tertinggi (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu) USNO kini mulai reda satela...
    7 years ago
  • Kelapa Mawar
    TUARAN DI ISYTIHAR WABAK SELESEMA BURUNG - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah sudah melupuskan kira-kira 10,000 ekor ayam di sebuah ladang ternakan ayam di Tamparuli yang sebelum ini diis...
    8 years ago
  • MUSLI OLI
    Penulis MyKMU Marah Salleh Sebab Salah Faham. - Dr Salleh Said Marah sungguh MyKMU.net kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak sehingga keluar kata-kata kesat menteri ...
    10 years ago
  • Depu-Depu
    KETIADAAN IBU- LAGU IRANUN - Oleh : Maslih Panayaman. Kg Tamau. Kota Belud
    11 years ago
  • SENJALIZA
    Kajang O Kajang: Kipas vs Kelapa Muda dan Teropong Bambu: Mana yang lebih berbisa? - *Suddenly, Kipas menjadi senjata ampuh calon PKR di Kajang dan Bomoh yang dikatakan dihantar DSAI ke KLIA menjadi cerita panas*. Di mana sahaja calon PKR...
    12 years ago
  • PALINGBERANI
    SIDANG MEDIA YB AZMIN ALI -
    13 years ago
  • SUARA HATI
    PENYAKIT MULUT - seolah-olah tak percaya berita ini telah menular ke setiap telinga aku mula menyiasat kesahihannya agar tiada sebarang keraguan untukku terus berwaspada ta...
    13 years ago
  • PUTERI SENJA
    Jeffrey claims Pairin is suffering from memory loss - The Kitingans, Pairin and Gapari Published on: Sunday, July 22, 2012 Email to a friend Printer Friendly Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) Pr...
    14 years ago
  • RHM- ROSLAN HAJI MANSHOR
    BOMOH-BOMOH PILIHANRAYA - Oleh : HISHAMUDDIN RAIS Malaysiakini pada 14.12.2011 Di Malaysia ini kita tidak tahu bila pilihan raya akan dijalankan. Kalau di zaman Mahathir Mohamad dah...
    14 years ago
  • Watababai
    Santai Bersama DARD di Rampayan Laut - Aktiviti Datuk Rahman di pantai Rampayan Laut bersama rakyat
    14 years ago
  • KUDA BERHIAS
    Proses mahkamah akan dedah semua - * Rasanya PAS sukar untuk menerima DSAI sebagai pemimpin mereka kerana DSAI melukai ideologi dan sanubari kepimpinan PAS khasnya kumpulan ulama.* KUALA LU...
    15 years ago
  • dayangWulan
    Cuti cuti - Bagi mereka yang berkemampuan, sempena akhir tahun dan menjelangnya tahun baru, sungguh ramai yang bercuti bersama keluarga. Namun bagi mereka yang sekadar...
    15 years ago
  • BISMILLAH
    Awal Muharam 1432H - - Alhamdulillah kerana masih diberikan taufiq dan hidayah sehingga dapat lagi meluangkan masa meneruskan catatandi ruangan ini. Sememangnya bukan mudah meg...
    15 years ago
  • Bana Tulus dan telus
    Facebookers Terus Persenda Baror Sawi - KOTA BELUD: pemuda UMNO KB lesu dan layu tak bermaya? baharul sawi tidak layak menjadi ketua pemuda umno kb setelah dilantik ke jawatan pembantu khas kepa...
    15 years ago
  • NUJUM PAK BELALANG
    DATUK MUSBAH PEWARIS KESATRIAN TUN MUSTAPAH - Meksipun Tun Datu Mustapah telah kembali kerakmatullah beberapa tahun yang lalu, namun nama beliau masih segar dalam ingatan rakyat malaysia khususnya ...
    15 years ago
  • SAMBAL BELACAN
    PENDEKAR CHAHAYA: PERPADUAN IDAMAN SEMUA, APA CARANYA? - 1. Rata-rata masyarakat di dalam negara ini faham/tahu maksud kata-kata mutiara seperti: a) Bersatu kita teguh bercerai kita roboh/runtuh b) Satu batang...
    16 years ago
  • kura kura
    Gambaran Bangsa Yang Calar-balar - ADA petanda bahawa sebagai bangsa kita mulai menggelonsor. Bayangkan hampir selama enam dekad merdeka, kita masih terus menjerit sakit. Terakhir, kita ...
    16 years ago
  • WATA' SI KADI....
    KEPINGGIRAN - BAGAIMANAKAN KU MULA DAN APAKAH KATA-KATA YANG HARUS DIABADIKAN MENJADI BAIT KERAMAT SANG PUJANGGA KEPINGGIRAN SANG PUJANGGA DI TANAHAIR TERCINTA MENANAM AN...
    16 years ago
  • MAPAIT TANTU.....!
    IRANUN: SENGSARA ATAU HORMAT... - Satu fenomena yang semakin galak untuk kita fikirkan bersama......! Sebentar tadi si rengit telah berjumpa dengan orang kuat "Tahikun" sukubangsa kita. ...
    16 years ago
  • DATU SIRONGAN.COM
    -
  • MINDA 1MERDEKA
    -
  • Mahasiswa Pencetus Generasi Belia Negara
    -

Kata2 Bijak Pandai

"Banyak bakat yang terbazir hanya kerana kekurangan sedikit keberanian. Setiap hari menyaksikan pengebumian orang-orang yang sungguh menghampahkan yang sifat penakut mereka menghalang mereka daripada membuat percubaan pertama" (Sydney Smith- Petikan dari buku Berani Gagal).

Penafian Blogger

Penafian: Pemilik blog Batu Gadung tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana melayari atau menggunakan maklumat dalam blog ini. Pemilik blog Batu Gadung menafikan sepenuhnya sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan yang bukan hasil tulisannya sama ada berbentuk komen atau artikel atau ulasan .

Simple theme. Theme images by gaffera. Powered by Blogger.