Sunday, May 13, 2012
POLITIK BARU PERLU PENUHI HAK KEADILAN KEPADA SEMUA RAKYAT
Wednesday, April 28, 2010
BERIBADAH MENERUSI POLITIK
Tersiar di Berita Harian: 20 April 2010, Selasa
Sunday, January 3, 2010
1MALAYSIA: MEMBINA MORAL BARU POLITIK MALAYSIA
Thursday, September 10, 2009
Kemelut MIC: Samy Vellu VS Subramaniam

Calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam hari ini mengecam jawatankuasa pusat (CWC) parti itu kerana merujuknya kepada jawatankuasa disiplin, yang disifatkannya sebagai satu “kempen kotor” terhadapnya.
Beliau mendakwa, ia merupakan satu taktik yang dirancang untuk menakut-nakutkan perwakilan supaya tidak mengundinya.
Mengulas pengumuman presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengenai perkara itu semalam, Subramaniam percaya ianya dilakukan kerana mendakwa presiden itu sedang berkempen bagi pihak seorang lagi calon, Datuk G Palanivel”.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara, beliau mendakwa, Samy Vellu melancarkan kempen kotor terhadapnya setiap hari.
Katanya, seandainya tindakan tidak diambil terhadapnya sekalipun, ia sudah cukup untuk menakutkan perwakilan.
Semalam, CWC memutuskan untuk merujuk Subramaniam kepada jawatankuasa disiplin ekoran satu kenyataan yang dibuatnya dalam akhbar berhubung pemilihan parti itu pada 1977.
Sumber: http://www.sabahdaily.com/
Saturday, August 15, 2009
Rohaizat Othman BN vs Salleh Man PAS di Permatang Pasir

Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh,Rohaizat Othman,38 telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan negeri Permatang Pasir,Pulau Pinang.Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Command Centre BN di Jalan Permatang Ara,Permatang Pasir,petang Jumaat.Lebih 2,000 penyokong BN hadir di majlis itu.Sementara itu dalam satu majlis pada sebelah malam pula PAS umum Salleh Man (gambar bawah) yakni Persuruhjaya PAS Pulau Pinang sebagai calonnya.Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.
Sumber: http://www.agendadaily.com/
Sunday, July 12, 2009
Iranun Di Sabah 2nd Edition
Mencari Pemimpin Pelapis....
Apa pun cadangannya yang pasti saatnya telah hampir tiba untuk kita membuat keputusan siapakah pemimpin pelapis selepas Tan Sri Pandikar, tetapi bukanlah tujuan kita menggantikan ayahanda kita Tan Sri Pandikar, kerana yang pastinya suku kaum Iranun masih mendambakan alunan suaranya di pentas politik tanahair namun cadangan ini hanya sebagai backup bahkan dalam masjid sekalipun kalau kita sembahyang biasanya ada backup imam.
Masa tidak akan pernah sanggup menunggu kita untuk bersedia memberi cadangan, jadi kegagalan kita mengutarakan siapa pemimpin pelapis suku kaum Iranun adalah satu kerugian besar bukan sahaja pada bentuk meterial mahupun politik tetapi pada seluruhnya. Tidak salah untuk kita menidakkan cadangan Saudara depu-depu tersebut tetapi berikanlah cadangan!!! Siapa??? Apakah cadangan pihak-pihak yang membantah ini adalah terlalu misteri untuk diketengahkan??? Hinggakan dengan izin kalau boleh saya meminjam kata Si Rengit terlalu " lambang-melambang".
Sekali lagi saya mengulangi pendirian bahawa APA PUN KITA MASIH MENDAMBAKAN ALUNAN SUARA AYAHANDA KITA, TAN SRI PANDIKAR DI PENTAS POLITIK TANAHAIR CUMA CADANGAN TERSEBUT PADA HEMAT SAYA SEBAGAI BACKUP SAHAJA.
Wednesday, July 1, 2009
Lanjutan Dari Artikel: 1Malaysia Dari Sudut Pandang Roslan Hj Manshor
Memandangkan artikel ini menimbulkan pelbagai reaksi yang mewujudkan pertikaian beberapa pihak, maka rasanya menjadi tanggungjawab saya untuk memperjelaskan isu berbangkit supaya konsepsi difahami agar persepsi pelbagai level pemimpin tidak dimanipulasi dan rakyat bawahan tidak terkeliru.
Istilah perkauman dan berasaskan kaum harus dilihat dari perspektif yang berbeza sama ada dari sudut metafora, konotasi mahupun implikasinya. UMNO...United Malay National Organisation bukanlah parti perkauman Melayu tetapi yang jelasnya UMNO merupakan parti yang berasaskan kaum dengan memelihara hak-hak Melayu.
Bangsa bagi saya merujuk kepada penduduk yang mempunyai kerakyatan dalam sesebuah negara. Masyarakat tersebut tidak semestinya mempunyai persamaan budaya dan karekter tetapi apa yang penting mempunyai taraf kewarganegaraan. Contohnya di Malaysia sendiri, bangsa kita bukanlah Melayu, Cina mahupun India tetapi bangsa kita adalah Malaysia begitu juga di Amerika ada Red Indian dan golongan kulit putih yang berasal dari Britain di mana bangsa mereka tetap Amerika oleh kerana mereka warganegara Amerika Syarikat walaupun tidak ada persamaan langsung sama ada karekter, budaya mahupun nilai-nilai kemasyarakatannya. Oleh itu bangsa merujuk kepada sesebuah negara. Bagi komuniti yang tidak bernegara seperti Kurdis yang tinggal di antara sempadan Iran, Iraq dan Turki bukannya bangsa tetapi definisinya lebih kepada kaum. Jadi definisi kaum dan bangsa harus dapat dibezakan.
konsep negara bangsa adalah tidak tepat ditafsir dari sudut budaya secara total, namun saya setuju bahawa 1Malaysia adalah terjemahan daripada konsep negara bangsa. Kejayaan mewujudkan negara bangsa adalah bergantung kepada pemahaman kita terhadap “berkenaan bagaimana politik dan mengapa politik”, kerana politik itu mempunyai hubungan rapat dengan konflik... kenapa diwujudkan DEB? Bagaimana DEB diwujudkan? Adakah dasar pengenalan ekonomi yang berasaskan kaum itu yang telah diperkenalkan oleh British untuk tujuan budaya? Bagaimanakah pula dengan dasar pecah dan perintah? Kita semua tahu jawapannya ibarat kata pepatah sudah terang lagi bersuluh.
Jadi bagaimana 1Malaysia dikatakan tiada kaitan dengan politik sedangkan tujuannya menyelsaikan konflik yang agak serius sehinggakan membentuk ancaman gangguan masyarakat. Akhir sekali dalam membuat penilaian kita perlu menilai bukan saja pada yang tersurat malahan apa penting pada yang tersirat kerana itu politik tidaklah dapat diukur secara empirikal.
Monday, June 22, 2009
Melihat dari bebola kristal....
Kerajaan Perpaduan
Mengimbas secara ringkas sejarah penubuhan UMNO dan PAS... UMNO secara rasminya telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru. Presiden yang pertama Dato’ Onn Jaafar, kemudiannya telah digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Perjuangan UMNO pada peringkat awal (1946-1948) adalah kepada memperjuangkan nasib bangsa Melayu dalam bidang sosialnya. Mengikut perlembagaan UMNO 1946, cogankata UMNO ialah “Hidup Melayu”. Manakala penubuhan PAS ada kaitan dengan Pertubuhan Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu dan Hizbul Muslimin (Persaudaraan Islam). Dalam satu masyuarat pada 24 November 1954 di Kepala Batas, Seberang Prai, ahli-ahli yang hadir telah bersetuju untuk mengubahkan nama organisasi tersebut kepada PAS. Haji Ahmad Fuad bin Hassan iaitu bekas ketua hal-ehwal agama Islam UMNO telah dipilih menjadi YDP yang pertama.
Cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam senario politik tanahair. Sememangnya keberangkalian cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang diusulkan oleh DS Presiden PAS di dalam perbahasan beliau di Dewan Rakyat, merupakan keberangkalian yang telah dijangkakan akan berlaku sebagai strategi survival politik. DS Presiden PAS mencadangkan kerajaan perpaduan sebagai salah satu cara untuk menjadikan PAS lebih dominan dalam Pakatan Rakyat. Ia memberi isyarat yang jelas kepada PKR dan DAP bahawa PAS adalah “political player” yang boleh mencorakkan politik tanahair ketika ini. Justeru itu, suara dan pandangan PAS seharusnya diberi perhatian oleh kepimpinan DAP dan PKR atau lebih jelas PAS mahu dianggap pihak yang mendominasi PR.
DSAI yang sebelum ini yang menganggap dirinya sebagai “playmaker” dalam PR, perlu lebih menghormati PAS dalam membuat sebarang keputusan politik dengan lebih bertoleransi contohnya dalam soal pengagihan kerusi dengan PAS iaitu memulangkan semula sebahagian kerusi yang dahulunya sebahagian adalah milik PAS, memandangkan sebahagian yang dimiliki oleh PKR kini, jentera pilihanrayanya adalah dari PAS. Manakala DAP pula perlu menghormati PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam, dengan tidak mencampuri sebarang urusan yang berkaitan Islam seperti dalam kes cadangan pengharaman Sister In Islam oleh PAS baru-baru ini.
Bagi pihak BN khasnya UMNO, cadangan penubuhan kerajaan perpaduan merupakan perkara yang ditungguh-tungguh bagi menyelsaikan kemelut politik, rentetan landskap politik selepas PRU-12, ibarat “orang mengantuk disorongkan bantal”. Di samping itu DSN Presiden UMNO sedar bahawa cadangan ini tepat pada masanya memandangkan krisis ekonomi global yang mana Malaysia tidak terkecuali menerima tempiasnya. DSN Presiden UMNO khuatir persengketaan politik yang sedang dialami sekarang ini, disebabkan persaingan yang begitu sengit di antara PR dan BN akan menyebabkan ketegangan semakin meruncing sehingga menjerumuskan negara ini ke dalam suatu suasana yang tidak terkawal. Politik perkauman berserta pendekatan politik PR yang agak keras yang gemarkan demonstrasi jalanan di samping sandiwara politik yang tidak berkesudahan akan menyebabkan pertelagahan yang tiada kesudahan sehingga masalah kegawatan ekonomi tidak terurus. Ini akan menyebabkan semua pihak, bukan sekadar parti-parti politik tetapi juga rakyat jelata mengalami kerugian yang amat besar seperti kata pepatah “gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah”.
Sejarah telah menceritakan segala-galanya, bagaimana keadaan persengkitaan para pemimpin Melayu telah memberi ruang kepada British untuk campur tangan di Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Melayu ketika itu gemar meminta bantuan orang luar semata-mata kerana kuasa politik, kuasa memerintah. Contohnya, cuba kita imbas kembali Perjanjian Pangkor yang dimetarai pada 20 Januari 1874... atas sebab apa?, dalam perjanjian ini juga salah satu syarat utamanya ialah Perak terpaksa menerima Penasihat British (Residen) yang akan menasihati pemerintah Melayu dalam semua hal kecuali mengenai agama dan adat istiadat Melayu....Apakah kita sudah lupa J.W.W Birch dan tindak tanduknya? Walaupun situasi sekarang tidak boleh disamakan dengan apa yang berlaku pada zaman itu tetapi seharusnya sejarah mengajar kita sedikit-sebanyak ke arah kebijakan politik.
Pelbagai reaksi serta komen terhadap cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di mana ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang membantah, mungkin disebabkan timbul prasangka yang mungkin hanya dapat dijelaskan melalui peribahasa ini “lautan dalam dapat diduga, hati manusia siapa tahu”. Namun nasihat saya kepada pihak yang membantah penubuhan kerajaan perpaduan... lupakanlah prasangka serta kepentingan politik demi kepentingan bangsa Melayu serta nasib dan masa depan bangsa Melayu. Kalau PAS boleh boleh duduk sekapal dengan PKR dan terutamanya DAP, kenapa dengan UMNO?... adakah PKR yang melaungkan liberalisme dan DAP yang jelas pendirian politiknya yang berfalsafahkan sosialisme itu lebih baik?... bahkan realitinya bersekongkol dengan DAP tidak keterlaluan diumpamakan seperti “mendukung biawak hidup”.
Walaubagaimanapun cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan perlu diperhalusi dan saya sifatkan sebagai cadangan yang ideal (win-win situation antara UMNO dengan PAS) memandangkan senario politik dewasa ini yang menuntut orang Melayu bersatu demi mengelakkan satu suasana persengketaan politik yang mampu memusnahkan segala apa yang telah bina selama ini, ibarat kata pepatah “buang yang keru ambil yang jernih”...barulah teguh peribadi.
Apa-apa pun “tinggalkan satu peluru!!!”
Thursday, June 18, 2009
"Hanya Jauhari yang mengenal manikam...."
"Pendekatan dalam mewujudkan perpaduan ini mestilah memenuhi segala ciri dan sifat fitrah naluri yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Manusia bukan sahaja boleh disatukan sebagaimana menyatukan batu-bata dalam mendirikan bangunan, kayu yang mendirikan perabot tidak boleh disatukan begitu sahaja kerana manusia bukan sahaja jasad, mereka mempunyai hati perut dan perasaan. Dengan sebab itu pendekatan yang perlu diambil dalam mewujudkan perpaduan mestilah merangkumi segala aspek yang ada dalam naluri kejadian manusia itu sendiri."...DSTG Presiden PAS
"Saya berterima kasih kepada Presiden PAS Datuk Seri Hadi (Awang) yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan. Tetapi saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan, jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini....Terpulang kepada pihak Datuk (Seri) Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan"...DSN Persiden UMNO
"Saya menyokong keperluan untuk PAS berbincang dengan semua pihak, termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, malah media sekali,” kata Nasaruddin. “Ini kerana kita tidak boleh bersikap pasif apabila keadaan memerlukan oganisasi seperti badan-badan politik untuk duduk berbincang”....Timbalan Priseiden PAS

