Giayah ah bangsa ah Gepun agu Korea saritaan aken, sikiran nyanamar ghagalebek satela su enged iran su kadtaru ah run, na miatabog nyamber ah perang. Sikiran daah den ghaumbal yan melainkan pagidsaan iran su ginawa iran sama ada ghababayaan atau dih, na sikiran parlu pakapiaan insendig iran saporuh su bangsa agu enged iran supaya maumbal pangingilaian ah bangsa ah salakau. Na imantu pun tanu pagilaian mapia atantu ah kiabolosan sa bangsa agu enged iran.
Na pebpatuan tanu su bangsa tanu’a Iranun, sekitanu mambager tanu sa pegangan ah ugama antuna dih run makapepeleng, na sekitanu amboh parlu manamar ghagalebek, na pananalamaten tanu den su kapiaan ah bangsa, dapai tanu dih pakakuah sa patabang ah karajaan, kainu boh su bangsa ah Tinah, ghamaju amboh. Ugaig na mautuh den su sarita aken.
Sekadar percubaan menulis dalam Basa Iranun...........
Setelah berakhirnya Ramadhan, maka muncullah Syawal di mana semua umat Islam telah selesai menjalani ibadah puasa. Ia juga di namakan hari raya dalam masyarakat kita kini. Hari raya adalah hari untuk bergembira dan bersukaria. Pada hari tersebut hubungan sesama manusia semakin bertambah erat dan rapat. Mereka saling mengucap tahniah di antara satu dengan yang lain. Memandangkan hari raya bertujuan melahirkan suasana bergembira, maka berbagai-bagai cara boleh dilaksanakan seperti menziarahi sahabat handai dan rakan taulan serta memakai pakaian yang baru atau pakaian yang terbaik dalam koleksi pakaian yang dimiliki.
Tidak dinamakan Hari Raya Fitrah sekali sekiranya tidak didahului dengan puasa Ramadhan. Ia merupakan hadiah istimewa daripada Allah S.W.T kepada hambaNya yang berjihad dan berjuang selama sebulan pada bulan Ramadhan. Jihad yang dimaksudkan itu ialah jihad melawan hawa nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang dan seterusnya memperbanyakkan amal ibadat pada bulan yang mulia itu sesuai dengan bulan Ramadhan yang dikenali sebagai bulan ibadat.
Hari raya dipenuhi dengan suasana gembira dan riang-ria. Orang yang berpuasa bergembira sebanyak 2 kali. Kali pertama ia bergembira kerana menyambut hari raya dan kali kedua ia bergembira kerana dapat bertemu TuhanNya dengan membawa puasanya itu. "لِلصَّائِم فَرْحَتَان , فَرْحَة عِنْدَ الْفِطَار وَ فَرْحَة عِنْدَ لِقَـاءِ رَبِّه" “Bagi seseorang yang berpuasa 2 kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka atau berhari raya dan kegembiraan ketika bertemu TuhanNya (beribadah)”.
Kegembiraan menamatkan puasa dengan menyambut Hari Raya nampak kelihatan kerana mendapat pahala daripada Allah setelah puasanya diterima. Kegembiraan juga diisi dengan ziarah menziarahi untuk menyambung silaturrahim. Dan kegembiraan yang paling besar dan bermakna yang perlu diisi pada hari tersebut ialah bertakbir memuji kebesaran Allah kerana ia melambangkan kesyukuran kepadaNya yang telah menganugerahkan hari yang istimewa itu.
Memandangkan hari raya adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya supaya mereka bergembira dan bersyukur kepadaNya pada hari tersebut, maka mereka dimestikan menyambut dalam suasana dan batas-batas yang diredhai oleh Allah S.W.T. Sambutan hari raya tidak akan menepati konsep dan falsafahnya serta jauh daripada rahmat dan kasih sayang Allah sekiranya ia disambut dalam suasana yang dipenuhi maksiat dan perkara-perkara yang dilarang dan ditegah.
Oleh kerana menyambut hari raya adalah untuk menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas anugerah yang istimewa itu, maka menyambutnya dengan cara yang ditegah sudah pasti akan mengundang kemurkaanNya. Bahkan ia menggambarkan seolah-olah mereka bergembira dilepaskan daripada ibadah Ramadhan yang merupakan satu arahan yang membelenggu kehendak nafsu.
Sebaliknya jika disambut dengan cara-cara yang dibenarkan oleh syariat, maka umat Islam akan berpuas hati menyambutnya kerana diiringi rahmat dan kasih sayang Allah yang mencurah-curah sebagai tanda kemenangan menundukkan hawa nafsu dan menjalani pentarbiahan Allah selama sebulan. أهلا يا شوال
KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 19 September bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Menurut satu kenyataan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen. - Bernama
“Sesungguhnya mereka adalah para pemuda yang beriman kepada Rabb-Nya dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka….” (QS. Al-Kahfi:13).
Ketika berbicara mengenai pemuda kita akan mendapati banyak perkara yang menarik dan hal-hal kepemudaan khususnya dalam fasa pembinaan pemuda Islam yang iltizam dan intizam dengan gerakah dakwah dan tarbiyah. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam sejarah Islam pemuda ditakdirkan mempunyai peranan yang strategik, di antaranya sebagai agent of change (Agen perubahan). Marilah kita menelusuri sejarah kebangkitan Islam pada masa Rasulullah SAW diperkukuhkan oleh tangan-tangan kesatria para pemudanya, serta pada era kejayaan dan keemasan di abad pertengahan pun demikian, para ilmuan itu adalah kelompok muda.
Mujahid Fathi Yakan berkata, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam. Ini bermakna bahawa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan "Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku. Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang lain ini akan membawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya.
Menurut Imam Syahid Hasan Al-Banna, perbaikan suatu umat tidak akan terwujud kecuali dengan perbaikan individu, yang dalam hal ini adalah pemuda. Perbaikan individu (pemuda) tidak akan berjaya kecuali dengan perbaikan jiwa. Perbaikan jiwa tidak akan berhasil kecuali dengan pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan. Apa yang dimaksud dengan pembinaan adalah membangun dan mengisi akal dengan ilmu yang berguna, mengarahkan hati agar sentiasa muraqabatullah dan sentiasa berdo’a, serta komited dalam proses pertarbiahan jiwa dan sentiasa muhasabah diri.
Justeru, pemuda hari ini perlu mempersiapkan diri agar dilengkapi dengan pakej pemuda rabbaniyah. Ustaz Mustafa Masyhur berpesan : Wahai para pemuda, kami mahukan kamu sekalian menjadi rijal aqidah yang sebenar-benarnya. Kami mahu kamu menjadi tiang seri yang kuat lagi teguh dan tak pernah bergoyang atau runtuh. Kami mahukan kamu sebagai rijal aqidah, bukan rijal kalam(percakapan) atau rijal jidal(pertengkaran). Rijal-rijal jihad dengan harta dan nyawa bukan jihad di atas lembaran-lembaran buku sahaja atau kamu setakat mengajarkan apa yang kamu pelajari sahaja atau kamu menghukum orang-orang yang selain daripada kamu dengan fasik, kufur atau syirik. Kami mahukan kamu menjadi para du'at bukan sebagai penghukum. Kami mahukan kamu sebagai orang-orang yang sentiasa beramal dengan penuh keikhlasan yang sanggup berkorban dan sentiasa tabah. Hendaklah kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kaya dan tak pernah berhajat sesuatu daripada jihad kita :
"Dan sesiapa Yang berjihad (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk." (Surah Al Ankabut : 6)
Cara yang paling baik meramalkan masa depan adalah dengan menciptakan masa depan dan tahukah anda siapakah masa depan itu? Masa depan itu adalah seorang pemuda.
Wahai pelopor perubahan! Marilah kita menciptakan masa depan itu dengan sebuah peradaban mulia ini dengan tinta emas rabbaniyah kerana disebalik setiap revolusi, pemuda adalah jentera utamanya.
Sejarah kemudian mengajarkan kita satu kaedah bahawa risalah yang agung haruslah dibawa oleh seorang rasul yang agung; bahawa sebuah misi besar haruslah dikembangkan oleh seorang pemikir yang besar; bahawa sebuah beban amanat yang berat haruslah dipikul oleh seseorang yang kuat; bahawa sebuah pedang yang tajam hanyalah akan berguna jika ia berada dalam genggaman tangan seorang pahlawan pemberani.
Sesungguhnya, sebuah kejayaan gerakan dakwah dan tarbiyah hanya akan berhasil diwujudkan apabila kuat rasa keyakinan kepada-Nya, ikhlas dalam berjuang dijalan-Nya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan kesiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkanya. Keempat karakter di atas yakni iman, ikhlas, semangat, dan amal merupakan karakter yang wajib dimiliki pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat dan itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.
Pemuda adalah muara peradaban dalam setiap fasa sejarah. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya kepada para pemuda pembaharu. Ia adalah moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia adalah aqidah yang murni dan akhlaq yang terpuji, tidak kurang tidak lebih. Beginilah seharusnya pemuda!.
Penyandang jawatan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.
Beliau mendapat 629 undi manakala Datuk S Subramaniam (547 undi) dan Datuk S Sothinathan 280 undi. Palanivel menang dengan majoriti tipis 82 undi.
Tiga calon naib presiden yang disokong oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu turut terpilih.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mendapat undi tertinggi dengan 1,260 undi, manakala timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany ditempat kedua dengan 1,122 undi dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan (1,030 undi).
Manakala senarai calon jawatankuasa kerja pusat (CWC) yang disokong Presiden Datuk Seri S Samy Vellu juga turut menang.
Sementara itu, Sothinathan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 1,469 perwakilan yang mengundi hari ini.
Manakala Subramaniam yang gagal lagi dapat percubaannya merebut jawatan timbalan presiden berkata, walaupun sedih, beliau menerima keputusan perwakilan hari ini.
Menurutnya, perwakilan gagal memahami nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat tahunan MIC pagi tadi.
Beliau meninggalkan PWTC - tempat berlangsungnya mesyuarat agung MIC - sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Keputusan rasmi
Timbalan presiden
G Palanivel* - 629
S Subramaniam - 547
S Sothinathan - 280
Naib presiden (3 jawatan)
Dr S Subramaniam - 1,260
SK Devamany - 1,122
M Saravanan - 1,030
S Balakrishnan - 471
VKK Teagarajan - 215
P Subramaniam - 220
P Mariayee - 61
Jawatankuasa kerja pusat (CWC)
1. K.R. Partiban
2. M. Asojan
3. V.S. Mogan
4. R.A. Ragu Moorthi
5. S. Murugesan
6. Datuk M. Devandran
7. A. Saktivel
8. Datuk Randhir Singh
9. Datuk Jaspal Singh
10. Datuk K.R.A. Naidu
11. Datuk K. Ganeson
12. S.Ananthan
13. Senator M.M. Samy
14. S.P. Manikavasagam
15. Datuk M. Paanjamoorthy
16. A.Ganeson
17. Datuk V.K. Suppiah
18. Datuk S. Ganesan
19. K.P. Samy
20. S.S. Rajagopal
21. Senator N. Ravisandaran
22. P. Palaniappan
23. Madhu Marimuthu