Saturday, September 12, 2009

Najib: Tiada guna popular di kalangan ahli sahaja...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN bahawa tidak guna menjadi popular di kalangan ahli parti sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat, sehingga menyebabkan kehilangan sokongan rakyat.


Najib yang juga pengerusi BN berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen suara keramat ialah suara rakyat dan kuasa mutlak adalah di tangan rakyat dan mereka yang akan menentukan nasib BN dalam setiap pilahan raya umum.

"Perkara ini relevan untuk diingat sama ada pada Umno, pada MCA, pada MIC atau semua parti kompenan BN...bahawa pertimbangan yang paling penting ialah sejauh mana kita popular di kalangan rakyat (dan) bukan popular di kalangan ahli-ahli sahaja.

"Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti tapi sama ada parti kita relevan atau tidak ialah sama ada kita boleh menang di kalangan hati rakyat untuk menyokong parti BN," katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, lapor Bernama.

"Sebab itulah untuk Umno, untuk MCA, untuk MIC dan untuk parti-parti komponen yang lain jangan lupa perspektif ini, kalau kita lupa perspektif ini rakyat akan menghukum kita dalam masa pilihan raya," katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapannya yang penuh bersemangat dengan diiringi tepukan bergemuruh 1,464 perwakilan MIC dan lebih 1,000 anggota dan pemerhati parti itu, Najib berkata rakyat hari ini bukanlah rakyat dalam tahun 50an kerana mereka sudah menjadi cerdik pandai disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan BN.

"Rakyat juga sudah membuka pemikiran mereka...oleh itu untuk menjadi parti yang relevan...untuk BN menjadi relevan dan terus relevan, kita mesti berhubung dengan rakyat. Kita mesti sentiasa berhubung dengan rakyat...apabila kita berhubung dengan rapat, kita akan mendapat sokongan rakyat," katanya

Perdana Menteri berkata jika pemimpin-pemimpin BN sentiasa turun
padang dan menunjukkan sikap merendah diri , "kita tidak akan kehilangan apa-apa".

"Saya dah beri isyarat jelas bahawa pendekatan macam inilah yang kita kehendaki sebab BN merupakan sebuah produk yang baik," katanya dalam ucapan 25 minit itu.

Najib turut menekankan bahawa pemipin-pemimpin BN juga mesti mencerminkan kepimpinan yang disenangi oleh rakyat.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/


LESU DAN ...











Tiba waktunya
Panglima walau segagah Hang Tuah
Sehebat Hang Jebat
akan menjadi lesu dan demensia.

bila tiba saat itu
pasrahlah,
dan ucaplah terima kasih
kepada yang memperingatkan
bahawa kita tidak selamanya bisa
membusung dada dan mendongak kepala
kerana itu adalah hukum alam
mana bisa kita menolaknya

Thursday, September 10, 2009

Kemelut MIC: Samy Vellu VS Subramaniam

Calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam hari ini mengecam jawatankuasa pusat (CWC) parti itu kerana merujuknya kepada jawatankuasa disiplin, yang disifatkannya sebagai satu “kempen kotor” terhadapnya.

Beliau mendakwa, ia merupakan satu taktik yang dirancang untuk menakut-nakutkan perwakilan supaya tidak mengundinya.

Mengulas pengumuman presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengenai perkara itu semalam, Subramaniam percaya ianya dilakukan kerana mendakwa presiden itu sedang berkempen bagi pihak seorang lagi calon, Datuk G Palanivel”.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara, beliau mendakwa, Samy Vellu melancarkan kempen kotor terhadapnya setiap hari.

Katanya, seandainya tindakan tidak diambil terhadapnya sekalipun, ia sudah cukup untuk menakutkan perwakilan.

Semalam, CWC memutuskan untuk merujuk Subramaniam kepada jawatankuasa disiplin ekoran satu kenyataan yang dibuatnya dalam akhbar berhubung pemilihan parti itu pada 1977.

Sumber: http://www.sabahdaily.com/


Wednesday, September 9, 2009

Cerita Lawak : Ceritera 09.09.09

Jangan Bermain Api
Nanti Terbakar Diri,

Jangan Suka Mencaci
Akan Termakan Diri Sendiri,

Jangan Berbangga Diri
Nanti Kau Akan Dibenci,

Jangan Berlidah Lantang
Akhirnye Kau Akan Ditentang,

Jangan Hanya Pandai Buat Bising
Kalau Kau Hanya Menyorokkan Taring,

Jangan Cuba Memberontak
Kalau cara Kau Tak Menggunakan Otak,

Jangan Bertutupkan Songkok
Kalau Tiang kau Bengkang bengkok,

Jangan Berselitkan Keris
Kalau Semangat Asal Usul kau Habis Terhakis,

Jangan Terjerit2
Kalau tidak Mahu Tekak kau Perit,

Jangan Mengimpikan Masa Depan
Kalau kau Asyik Berdisko, Berpelesit,

Jangan Impikan Keadilan
Kalau kau masih Lagi Melenjan Merempit,

Jangan Salah kan Yang Dahulu
Kalau Sekarang Kau Tersepit,

Jangan Salah kan Yang Sekarang
Kalau Nanti Kau masih lagi Tersepit,

Jangan Impikan Keindahan
Kalau Kau masih Di Takuk Kehanyutan,

Jangan Mimpikan Kedudukan Yang Tinggi,
Membela Nasib Bangsa Sendiri

KALAU MASIH LAGI BEGINI.....

Sumber: http://kahkahkah.mnazman.com

Tuesday, September 8, 2009

Kafila dan Unta.....



Seorang Kafila dan seekor unta mengembara di padang pasir.

Suatu malam yang dingin, ketika Kafila didalam tenda, dan unta kedinginan diluar tenda, terjadikan percakapan.

Unta: “Tuanku, bisakan aku memasukkan hidungku saja kedalam tenda, di
luar dingin sekali, dan hidungku kedinginan. Aku mohon tuanku.“ Sang Kafila berpikir sejenak, dan menyanggupinya.

Unta: “Tuanku, telinganku sakit karena hawa yang dingin, bisakah aku masukkan seluruh kepalaku kedalam tenda supaya hangat? Aku mohon tuanku.” Dan kembali sang kafila mengiyakan.

Sejenak kemudian: “Tuanku, kepalaku sudah hangat, terimakasih tuanku. Leherku yang masih kedinginan, bolehkan leherku kumasukkan kedalam tenda? Aku mohon tuanku.” Kafila berfikir lagi dan akhirnya menyetujui juga.

Hidung, muka, leher, bahu, sebagian badan, kaki depan, sebagian lagi badan unta, dan seterusnya.

Pagi itu, sang Kafila terbangun kedinginan diluar tenda, karena sang unta telah masuk sepenuhnya kedalam tenda dan dia terdesak keluar.

Biarlah cerita, menjadi cerita. Pemahaman, pengartian, dan pemaknaan cerita, aku kembalikan pada masing2 pembaca. Selamat menikmati.

Cerita kuno asal dari Arab.